Thursday, June 26, 2008



“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Thursday, June 12, 2008

KeRaNa mASa

Masa

Kerana masa,
ada manusia rugi
ada manusia merana
dan kerana masa,
manusia itu berjaya
manusia itu gembira

Tapi,
tidak semua yang rugi
tidak semua yang merana
tidak semua yang berjaya
tidak semua yang gembira

Yang tidak rugi, tiada dibuang masa
yang tidak merana, mengguna sebaik masa
yang tidak berjaya, ditolak begitu masa
yang tidak gembira, lupa pada tuannya.



Ierwan Ismail, April 2008 – UMKL

r3nUngAn BeRsamA..


Kita sentiasa dituntut untuk selalu mencuba.

Kebanyakan kita mempunyai persepsi bahawa wawasan yang sudah kita peroleh telah mencapai puncaknya, kita telah banyak melakukan berbagai eksperimen, bahkan kerana terlalu seringnya persepsi itu dalam diri kita, sehingga menjadikan kita mempunyai anggapan bahawa kita sudah beranjak ke masa tua.

Diantara semua persepsi ini, semua aksperimen yang baru berjalan bersamaan dengan perasaan kita, sehingga seakan-akan kita masih anak-anak yang memerlukan arahan dan bimbingan orang tua, kita tidak boleh melangkah ataupun mengambil sebuah keputusan penting dengan tanpa berkonsultasi.

Bahkan terkadang kita merasa sangat memerlukan sebuah ungkapan yang sering terdengar di masa lalu, peranan orang tua sehingga kalau kita ingin menentukan sebuah keputusan maka tidak boleh berlawanan dengannya, atau suatu perkara yang amat penting itu akan mendapat hukuman jika tidak berkonsultasi kepadanya.

Pada saat itulah kita merasa sangat bodoh, dan perlu sekali melakukan penambahan aksperimen yang kita lakukan selagi kita menginginkan kehidupan yang lebih baik.
Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. "

Riwayat Muslim

HuraianPengajaran hadith:

i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.
ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.
iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.
iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.
v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Tahniah!! MPP Malaysia..Pindaan AUKU Bukti Kejayaan Siswa..

Alhamdulillah..syukur..segala usaha dan kesatuan antara MPP SeMalaysia akhirnya membuahkan hasil. Ini merupakan hadiah kepada semua mahasiswa/wi IPT ..untuk makluman lanjut layari http//:afandytanjung.blogspot.com

Terdapat enam resolusi yang dianggap penting untuk mahasiswa iaitu melibatkan PTPTN (Perbadanan Tanbung Pengajian Tinggi Nasiaonal, AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, kebajukan mahasiswa,pengeksesan teknologimaklumat, dan sensiviti agama.